Search This Blog - Borneo Samariang

Monday, July 9, 2018

Borneo Samariang Water Park ( Part 6)

1. Kalau pakai wheelchair perlu bayar?
- tak perlu bayar jika pelanggan memang menggunakan wheelchair.

2. Tiket baucer yang dikeluarkan, semuanya bukan untuk dijual beli. Jika ada yang menjual kepada anda, janganlah beli. boleh refer terus ke water park management or hotline untuk pengesahan.

3. Masa ke semasa akan bertambah penambahbaikan yang akan dilakukan, mohon yang datang untuk bersabar.

Friday, June 22, 2018

Borneo Samariang Water Park PART 5 - Q&A




1. Masa Operasi/Operations Hours

Monday/Wednesday/Thursday/Friday - 10.00 am to 6.00 pm
Saturday/Sunday/Malaysians Holiday - 9.00 am to 6.00 pm

*Tuesday is closed except in Malaysians Holidays

2. Berapa harga

Untuk dewasa (13 tahun - 59 tahun ) = RM38.00
Untuk kanak - kanak (12 tahun dan kebawah) = RM28.00
Untuk warga emas (60 tahun dan keatas) = RM28.00
Untuk kanak - kanak bawah 90 cm = PERCUMA

3. Ada surau

kemudahan surau disediakan, buat masyarakat Islam tidak perlu bimbang untuk tempat solat.

4. Jarak atau masa perjalanan

Kalau dari Waterfront kuching lebih kurang 23 kilometer, 30 - 45 minit perjalanan menuju sini.

5. Public Transport

Buat masa ini tiada public transport yang terus menuju ke sini. Digalakkan menyewa kenderaan untuk ke sini ataupun menggunakan khidmat grab.

6. Line Phone

Line Maxis agak baik tetapi untuk telco lain agak slow untuk kemudahan internet tetapi untuk panggilan masuk keluar masih dapat cuma line internet lemah. Akan dibaik pulih di masa hadapan.

7. Penginapan

Buat masa ini, hotel masih belum siap dan dijangka akan mula operasi Jan 2019.

8. Makanan

Makanan luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk, makanan dijual di Santubong Pavilion berhampiran pintu masuk.

9. Ada bayaran ke untuk setiap kali main slide

Tiada dan anda boleh bermain selagi masih hari yang sama dengan tarikh pembelian tiket, sehingga ditutup pada hari tersebut. tetapi jika ada masalah seperti cuaca atau masalah teknikal, staf keselamatan akan memberi berhentikan anda.

10. Keselamatan

Setiap check point, ad lifeguard yang bertugas bagi memantau tetapi parents boleh focus untuk menjaga anak masing - masing kerana kadang - kadang ramai orang untuk dijaga. Terdapat tempat untuk first aid kits di pintu masuk.

11. Untuk trip sekolah/universiti ada special price?

Boleh berhubung dengan sales & Marketing Department 013-810 1971 (Geofery)/ 013-8834482 (Fie)/ 011-3635 8087 (berry). Segala urusan tertakluk kepada keputusan pengurusan Borneo Samariang Water Park.

*ada soalan extra, yang mana saya tahu, saya akan cuba jawab...

Borneo Samariang Water Park PART 4 - Regulations

Water Park Terms and Conditions


*Baca dan fahami untuk mengelak salah faham yang mungkin akan terjadi. Jika tidak melanggar hak anda sebagai pengguna, anda boleh nyatakan terus ke kakitangan berhubung permasalahan yang berlaku.


Gambar kedua menerangkan swimming attire di Borneo Samariang Water Park.

Borneo Samariang Water Park PART 3 - Attraction


Tadaaaa.... inilah Peta Adventure anda bila sampai Borneo Samariang Water Park....

Untuk mudahkan... saya explain bab yang penting dulu sebelum mula pasal yang menarik semua ni...


okay... tiba - tiba tengok duit. Untuk maklumat, di sini, tak guna cash bila dah masuk.. semuanya pakai e-value (konsep mudah macam card touch n go). So, pakai kad ke? Tidak.. semasa anda membeli tiket di kaunter, anda dapat bracelet yang secara tak langsung tiket masuk anda..

Di bracelet (tiket) ada barcode, masa ikat di pergelangan, pastikan jangan longgar (elakkan tercabut) dan jangan menutup barcode. Sebabnya barcode tu berguna untuk urusan jual beli di dalam water park ini. So anda hanya perlu ke kaunter topup untuk tambah nilaian dalam bracelet dan menyimpan semua barang cash atau berharga anda di dalam locker. Dapat elak kecurian dan anda dapat berseronok tanpa memikirkan barang perlu di depan mata. 

Daripada nilai topup anda tadi, anda boleh rujuk gambar kedua untuk maklumat lanjut mengenai bayaran. WAJIB ke untuk menyewa, jawapannya tidak sebab mengikut keselesaan anda sendiri untuk menyewa atau tidak. Tapi diingatkan ada beberapa permainan yang memerlukan pelampung untuk bermain.

✓ pasal tiket/bracelet
✔️ pasal barcode
✓ pasal e-value
✔️ pasal topup

*semua urusan jual beli di dalam hanya mengunakan e-value.

OK.. Ö di sini LIMA checkpoint.

1. Water Park Entrance - bangunan mula - mula sekali bila masuk ke water park. Kawasan ini meliputi kaunter tiket, gift shop, surau, locker, tandas, tube counter dan santubong pavilion (cafe makan). 

2. Hornbill Island - untuk section ni, lebih focuskan kepada kanak - kanak ataupun anak - anak kecil kerana aktiviti di sini sesuai dengan umur mereka. Apakah yang ada di sini? Saya akan cakap satu - satu..

  • Kids Slide ~ macam yang difahami, slide (gelongsor) untuk kanak - kanak, tidak terlalu tinggi dan amat menyeronokkan bagi mereka. Ibu bapa juga dapat menunggu di hujung gelongsor. 
  • Leisure Pool ~ mudahkan saya simpulkan sebagai swimming pool. ada kawasan dalam dan kawasan cetek.
  • Aqua Play ~ untuk yang ni, macam taman permainan di kawasan taman - taman perumahan yang bezakan semuanya melibatkan air dan dilakukan di kawasan berair. Antara yang menjadi tumpuan, ada macam cawan yang memerlukan masa untuk tumpah, ramai yang menunggu dengan debaran untuk disimbah air yang dikumpul. 
  • Mount Mulu Clear Water River ~ ada air mengelilingi hornbill island, seperti air sungai, di sini juga mempunyai arus. kebiasaannya orang bermain dengan pelampung di sini, membiarkan diri terapung di atas air dan membenarkan arus menolak mereka.
  • Mount Mulu Cave ~ ada di satu hujung sungai, ada satu laluan seperti gua, agak gelap, ia seperti mengambarkan berada di gua, kanak - kanak pastinya gembira apabila melalui kawasan ini.
3. Salak Beach - merupakan pantai buatan di dalam Borneo Samariang Water Park, terdapat 8 jenis wave. Di sini juga terdapat pasir,untuk anak - anak bermain istana pasir.. LOL. di sekeliling juga terdapat pondok yang dinamakan Cabana tetapi masih dalam pembinaan. Di masa hadapan, family dapat beristirahat di pondok.

4. Santubong Tower - kebanyakkan mengunjung akan bermain di sini terutamanya golongan dewasa. Di sini terdapat slide - slide yang mengujakan para pengunjung. Paling tinggi umpama bangunan 6 tingkat. Untuk permainan di sini, ketinggian minimum adalah 110 cm.

  • Family Raft Ride ~ menggunakan pelampung yang disediakan, pengunjung hanya perlu tunggu di puncak dan pelambung akan ada di atas seperti namanya kebiasaanya satu keluarga akan duduk di pelambung dan turun ke bawah. Ride ini merupakan yang tertinggi buat masa ini yang ditawarkan di park ini. 2~4 orang boleh bermain untuk satu pelampung.
  • 6 lanes Racer ~ terdapat 6 lanes seperti namanya, mengunakan pelampung/alas yang percuma dan boleh diambil di bawah sebelum naik ke atas. Biasanya orang akan berlumba dengan cara lepas serentak daripada atas atau melihat siapa yang paling jauh. Bagi yang suka bersaing, boleh la mencuba untuk buktikan anda lagi hebat.
  • Sky Drop ~ menjunam terus ke bawah umpama dilepaskan secara terus mengejut. Menarik tapi buat masa sekarang, belum dibuka dan akan dibuka kemudian. Semua peralatan sudah siap dan menjangkakan akan buka tidak lama lagi,
  • Crystal Slide ~ merupakan salah satu tiga beradik, mula- mula laju tetapi di penghujung seperti jamban, flush berpusing dan akan slow balik sebelum keluar. Diingatkan di sini memerlukan pelampung.
  • Galaxy Slide ~ merupakan salah satu tiga beradik, paling laju diantara tiga beradik, suasana yang gelap di dalam slide turut menambahkan rasa yang gemuruh.Diingatkan di sini memerlukan pelampung.
  • Canopy Slide ~ merupakan salah satu tiga beradik yang mempunyai bumbung yang terbuka dan agak perlahan. Bagi yang tidak biasa, boleh la menggunakan ini dahulu sebelum mencuba yang lain. Diingatkan di sini memerlukan pelampung.
5. Corporate Function Area - Buat masa ini masih dalam pembinaan dan di masa akan datang, company atau mana - mana badan berorganisasi ingin melakukan aktiviti, boleh mengunakan ruang yang telah disediakan.

*abis sudah perkara - perkara yang anda boleh lakukan di sini. Semoga dengan entry ini, anda berminat untuk datang ke sini. Akan datang lebih banyak yang akan dibuka.

Thursday, June 21, 2018

Borneo Samariang Water Park PART 2 - Masa Operasi/Bayaran Masuk


Pintu utama Borneo Samariang Water Park 

Kalau dah nampak entrence macam dalam gambar, maknanya dah sampai tapi kalau dah sampai tiba - tiba tutup nanti problem juak. So saya akan inform masa operasi pulak dalam entry kali ni...


haa... tengok gambar yang kedua, mudahkan cerita bila weekday (hari kerja), masa operasi bermula pada pukul 10am - 6pm. Bila weekends (sabtu/ahad/cuti umum/cuti sekolah), masa operasi bermula pada pukul 9am - 6pm. ☺️☺️☺️☺️

Selasa tutup kecuali cuti umum atau cuti sekolah. So, jangan datang pula hari selasa bila hari biasa, sia-sia je excited tapi tengok - tengok tutup.

Hmmmm....

Kalau ikut harga tiket, harganya RM38 untuk dewasa (13 tahun sampai 59 tahun) tapi untuk setakat tarikh hari saya post 22 Jun 2018, Harga tiket RM33 sahaja. Harga seperti di atas akan bermula siap sepenuhnya. Tapi bukan bermaksud tak siap , tak boleh main. Banyak yang dah ada. Yang ni, saya akan bercerita lebih utk lain pulak.

Harga special.... ☺️☺️☺️☺️☺️☺️☺️

Buat masa ni yang dapat special cuma kanak - kanak dan warga emas sahaja... Berapa harga??

FREE - menarikkan dengan free tapi dia hanya untuk kanak2 yg bawah 90 cm, kalau dah lebih, kena harga lain...

RM28 - yang ni untuk kanak - kanak yang melebihi 90 cm dan tidak melebih 12 tahun. Untuk warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas juga dapat harga ini. Untuk mudahkan urusan, bawa kad pengenalan diri. Yela, yang kanak2 umur 12 tahun tapi dah macam 20 tahun ataupun atuk yang berumur 72 tahun tapi muka maintance 46 tahun.

*yang saya cakap ni normal price, kalau anda ada baucer atau ada join kerjasama antara company management dengan orang luar. Mungkin akan ada extra discount lagi. Contohnya, ada baucer yang valid sekarang. Satu baucer boleh digunakan 6 org sekali daftar. Jimat rm10 seorang. Mana nak dapat, refer management untuk maklumat lanjut... Saya dengar sampai hujung bulan 9 2018. 

p/s- saya sambung entry lain pulak.

Borneo Samariang Water Park PART 1 - Location


Welcome to the FIRST Water Theme Park in Kuching in Sarawak ☺☺

Swimming Pool memang banyak di Sarawak ada banyak, kalau nak namakan, di Tabuan Jaya ada satu, di Samarahan pun ada tapi kalau Water Park cuma ada satu di Kuching. Di Mana ?

BORNEO SAMARIANG WATER PARK
Borneo Samariang Resort City,
Lot 7686, Block 9, Salak Land District,
Jalan Sultan Tengah, Kuching, Sarawak

Kat mane ni? Kalau korang guna GPS, boleh guna coordinate 1°40'29.17"N, 110°18'18.689"E.

Kalau yang familiar ke Damai Beach dengan Gunung Santubong memang senang nak cari sebab dia satu laluan dan masuk simpang ke Pantai Pasir Pandak. Daripada jalan ni, dah ada signboard jalan menuju ke sini. Kalau setakat 22 Jun 2018, bangunan hotel masih dalam pembinaan, nanti bila dah siap, korang siap boleh bermalam di sini untuk menginap bukan sahaja untuk bermain di water park tapi boleh plan ke gunung santubong, ke kampung budaya ataupun bermain pantai di damai beach ataupun pasir pandak beach.


Why? Kenapa? ???


  • Daripada Kuching International Airport (KIA) untuk ke sini lebih kurang 30 - 40 min sahaja.
  • Boleh lari kesibukkan kota Kuching daripada bangunan yang tinggi - tinggi dengan bermain air.
  • apabila hotel siap di bina, boleh menetap di sini dahulu untuk rancang perjalanan menuju ke Kampung Budaya, Damai Beach (tempat tugu kenyalang macam di langkawi) ataupun Gunung Santubong.
  • Water Park juga merupakan yang pertama di Kuching, so memang tiada di tempat lain. Bagi yang menetap di Kuching, boleh ke sini untuk meluangkan masa dengan keluarga atau kenalan.


*Kalau ada soalan mengenai ke destinasi, boleh tanya nanti ye.. Water Park ni ada
Hotline : 019-699 4768

Borneo Samariang Water Park ( Part 6)

1. Kalau pakai wheelchair perlu bayar? - tak perlu bayar jika pelanggan memang menggunakan wheelchair. 2. Tiket baucer yang dikeluarkan, ...

Posting