Search This Blog - Borneo Samariang

Friday, June 22, 2018

Borneo Samariang Water Park PART 3 - Attraction


Tadaaaa.... inilah Peta Adventure anda bila sampai Borneo Samariang Water Park....

Untuk mudahkan... saya explain bab yang penting dulu sebelum mula pasal yang menarik semua ni...


okay... tiba - tiba tengok duit. Untuk maklumat, di sini, tak guna cash bila dah masuk.. semuanya pakai e-value (konsep mudah macam card touch n go). So, pakai kad ke? Tidak.. semasa anda membeli tiket di kaunter, anda dapat bracelet yang secara tak langsung tiket masuk anda..

Di bracelet (tiket) ada barcode, masa ikat di pergelangan, pastikan jangan longgar (elakkan tercabut) dan jangan menutup barcode. Sebabnya barcode tu berguna untuk urusan jual beli di dalam water park ini. So anda hanya perlu ke kaunter topup untuk tambah nilaian dalam bracelet dan menyimpan semua barang cash atau berharga anda di dalam locker. Dapat elak kecurian dan anda dapat berseronok tanpa memikirkan barang perlu di depan mata. 

Daripada nilai topup anda tadi, anda boleh rujuk gambar kedua untuk maklumat lanjut mengenai bayaran. WAJIB ke untuk menyewa, jawapannya tidak sebab mengikut keselesaan anda sendiri untuk menyewa atau tidak. Tapi diingatkan ada beberapa permainan yang memerlukan pelampung untuk bermain.

✓ pasal tiket/bracelet
✔️ pasal barcode
✓ pasal e-value
✔️ pasal topup

*semua urusan jual beli di dalam hanya mengunakan e-value.

OK.. Ö di sini LIMA checkpoint.

1. Water Park Entrance - bangunan mula - mula sekali bila masuk ke water park. Kawasan ini meliputi kaunter tiket, gift shop, surau, locker, tandas, tube counter dan santubong pavilion (cafe makan). 

2. Hornbill Island - untuk section ni, lebih focuskan kepada kanak - kanak ataupun anak - anak kecil kerana aktiviti di sini sesuai dengan umur mereka. Apakah yang ada di sini? Saya akan cakap satu - satu..

  • Kids Slide ~ macam yang difahami, slide (gelongsor) untuk kanak - kanak, tidak terlalu tinggi dan amat menyeronokkan bagi mereka. Ibu bapa juga dapat menunggu di hujung gelongsor. 
  • Leisure Pool ~ mudahkan saya simpulkan sebagai swimming pool. ada kawasan dalam dan kawasan cetek.
  • Aqua Play ~ untuk yang ni, macam taman permainan di kawasan taman - taman perumahan yang bezakan semuanya melibatkan air dan dilakukan di kawasan berair. Antara yang menjadi tumpuan, ada macam cawan yang memerlukan masa untuk tumpah, ramai yang menunggu dengan debaran untuk disimbah air yang dikumpul. 
  • Mount Mulu Clear Water River ~ ada air mengelilingi hornbill island, seperti air sungai, di sini juga mempunyai arus. kebiasaannya orang bermain dengan pelampung di sini, membiarkan diri terapung di atas air dan membenarkan arus menolak mereka.
  • Mount Mulu Cave ~ ada di satu hujung sungai, ada satu laluan seperti gua, agak gelap, ia seperti mengambarkan berada di gua, kanak - kanak pastinya gembira apabila melalui kawasan ini.
3. Salak Beach - merupakan pantai buatan di dalam Borneo Samariang Water Park, terdapat 8 jenis wave. Di sini juga terdapat pasir,untuk anak - anak bermain istana pasir.. LOL. di sekeliling juga terdapat pondok yang dinamakan Cabana tetapi masih dalam pembinaan. Di masa hadapan, family dapat beristirahat di pondok.

4. Santubong Tower - kebanyakkan mengunjung akan bermain di sini terutamanya golongan dewasa. Di sini terdapat slide - slide yang mengujakan para pengunjung. Paling tinggi umpama bangunan 6 tingkat. Untuk permainan di sini, ketinggian minimum adalah 110 cm.

  • Family Raft Ride ~ menggunakan pelampung yang disediakan, pengunjung hanya perlu tunggu di puncak dan pelambung akan ada di atas seperti namanya kebiasaanya satu keluarga akan duduk di pelambung dan turun ke bawah. Ride ini merupakan yang tertinggi buat masa ini yang ditawarkan di park ini. 2~4 orang boleh bermain untuk satu pelampung.
  • 6 lanes Racer ~ terdapat 6 lanes seperti namanya, mengunakan pelampung/alas yang percuma dan boleh diambil di bawah sebelum naik ke atas. Biasanya orang akan berlumba dengan cara lepas serentak daripada atas atau melihat siapa yang paling jauh. Bagi yang suka bersaing, boleh la mencuba untuk buktikan anda lagi hebat.
  • Sky Drop ~ menjunam terus ke bawah umpama dilepaskan secara terus mengejut. Menarik tapi buat masa sekarang, belum dibuka dan akan dibuka kemudian. Semua peralatan sudah siap dan menjangkakan akan buka tidak lama lagi,
  • Crystal Slide ~ merupakan salah satu tiga beradik, mula- mula laju tetapi di penghujung seperti jamban, flush berpusing dan akan slow balik sebelum keluar. Diingatkan di sini memerlukan pelampung.
  • Galaxy Slide ~ merupakan salah satu tiga beradik, paling laju diantara tiga beradik, suasana yang gelap di dalam slide turut menambahkan rasa yang gemuruh.Diingatkan di sini memerlukan pelampung.
  • Canopy Slide ~ merupakan salah satu tiga beradik yang mempunyai bumbung yang terbuka dan agak perlahan. Bagi yang tidak biasa, boleh la menggunakan ini dahulu sebelum mencuba yang lain. Diingatkan di sini memerlukan pelampung.
5. Corporate Function Area - Buat masa ini masih dalam pembinaan dan di masa akan datang, company atau mana - mana badan berorganisasi ingin melakukan aktiviti, boleh mengunakan ruang yang telah disediakan.

*abis sudah perkara - perkara yang anda boleh lakukan di sini. Semoga dengan entry ini, anda berminat untuk datang ke sini. Akan datang lebih banyak yang akan dibuka.

No comments:

Post a Comment

Borneo Samariang Water Park ( Part 6)

1. Kalau pakai wheelchair perlu bayar? - tak perlu bayar jika pelanggan memang menggunakan wheelchair. 2. Tiket baucer yang dikeluarkan, ...

Posting