Search This Blog - Borneo Samariang

Thursday, June 21, 2018

Borneo Samariang Water Park PART 2 - Masa Operasi/Bayaran Masuk


Pintu utama Borneo Samariang Water Park 

Kalau dah nampak entrence macam dalam gambar, maknanya dah sampai tapi kalau dah sampai tiba - tiba tutup nanti problem juak. So saya akan inform masa operasi pulak dalam entry kali ni...


haa... tengok gambar yang kedua, mudahkan cerita bila weekday (hari kerja), masa operasi bermula pada pukul 10am - 6pm. Bila weekends (sabtu/ahad/cuti umum/cuti sekolah), masa operasi bermula pada pukul 9am - 6pm. ☺️☺️☺️☺️

Selasa tutup kecuali cuti umum atau cuti sekolah. So, jangan datang pula hari selasa bila hari biasa, sia-sia je excited tapi tengok - tengok tutup.

Hmmmm....

Kalau ikut harga tiket, harganya RM38 untuk dewasa (13 tahun sampai 59 tahun) tapi untuk setakat tarikh hari saya post 22 Jun 2018, Harga tiket RM33 sahaja. Harga seperti di atas akan bermula siap sepenuhnya. Tapi bukan bermaksud tak siap , tak boleh main. Banyak yang dah ada. Yang ni, saya akan bercerita lebih utk lain pulak.

Harga special.... ☺️☺️☺️☺️☺️☺️☺️

Buat masa ni yang dapat special cuma kanak - kanak dan warga emas sahaja... Berapa harga??

FREE - menarikkan dengan free tapi dia hanya untuk kanak2 yg bawah 90 cm, kalau dah lebih, kena harga lain...

RM28 - yang ni untuk kanak - kanak yang melebihi 90 cm dan tidak melebih 12 tahun. Untuk warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas juga dapat harga ini. Untuk mudahkan urusan, bawa kad pengenalan diri. Yela, yang kanak2 umur 12 tahun tapi dah macam 20 tahun ataupun atuk yang berumur 72 tahun tapi muka maintance 46 tahun.

*yang saya cakap ni normal price, kalau anda ada baucer atau ada join kerjasama antara company management dengan orang luar. Mungkin akan ada extra discount lagi. Contohnya, ada baucer yang valid sekarang. Satu baucer boleh digunakan 6 org sekali daftar. Jimat rm10 seorang. Mana nak dapat, refer management untuk maklumat lanjut... Saya dengar sampai hujung bulan 9 2018. 

p/s- saya sambung entry lain pulak.

No comments:

Post a Comment

Borneo Samariang Water Park ( Part 6)

1. Kalau pakai wheelchair perlu bayar? - tak perlu bayar jika pelanggan memang menggunakan wheelchair. 2. Tiket baucer yang dikeluarkan, ...

Posting